KUALA LUMPUR: Undang-undang di Malaysia adalah mencukupi untuk digunakan bagi menghukum individu yang menghina kesucian agama Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata sehubungan itu, orang ramai diminta tidak mengambil tindakan sendiri tanpa mengikut lunas undang-undang sedia ada jika kesucian agama Islam dihina oleh pihak tertentu.
"Saya tidak mahu orang awam membuat tindakan mereka sendiri jika mengetahui ada pihak melakukan penghinaan terhadap kesucian agama Islam. Pihak berkuasa di negara ini seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan semua agensi penguat kuasa amat cekap dalam melakukan tugas mereka.
"Saya berterima kasih kepada mereka atas tindakan pantas terhadap isu penghinaan terhadap agama Islam yang banyak berlaku kebelakangan ini," katanya semasa sidang media selepas pelancaran Seminar Lelaki Qawwam peringkat kebangsaan 2022 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.
Idris berkata punca individu terlibat menghina agama Islam adalah disebabkan oleh banyak faktor terutamanya masalah mental si pelaku.
"Secara normalnya jika seseorang yang waras sama ada dari kalangan orang Islam atau sebagainya mereka tidak akan sewenangnya cuba untuk mengaibkan agama secara rela," katanya.
Menurut Idris pihaknya juga sentiasa berusaha membuat penyelesaian jangka panjang tentang isu itu dengan dua kaedah.
"Pertama kita cuba untuk memberikan pendidikan seperti usaha dakwah, turun ke lapangan, menganjurkan majlis kefahaman agama seperti hari ini dan sebagainya kepada orang awam.
"Keduanya ialah sistem hukuman itu sendiri yang mana pesalah perlu dihukum mengikut undang-undang sedia ada," katanya.
Seminar Lelaki Qawwam adalah usaha memperkasa peranan lelaki khususnya lelaki muslim, sebagai pemimpin, pelindung serta pembela keluarga dan masyarakat.
Sebelum ini, hangat diperkatakan tentang beberapa individu yang menghina agama Islam dan reaksi orang ramai. Terbaharu sebuah kelab komedi yang menjadi lokasi seorang wanita menanggalkan baju kurung dan tudung ketika membuat persembahan komediri dan premis berkenaan juga disimbah cat oleh dua lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022
Datuk Idris Ahmad berkata sehubungan itu, orang ramai diminta tidak mengambil tindakan sendiri tanpa mengikut lunas undang-undang sedia ada jika kesucian agama Islam dihina oleh pihak tertentu. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Laluan peringkat ke-4 LTdL 2024 diubah
Perubahan laluan itu diputuskan apabila penganjur melengkapkan tinjauan laluan baharu setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
Lapor kepada pihak berkuasa jika Islam dihina, jangan ambil tindakan sendiri
Undang-undang di Malaysia adalah mencukupi untuk digunakan bagi menghukum individu yang menghina kesucian agama Islam.